KUCHING,. Atlet powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas dunia apabila meraih dua pingat emas dala
KUCHING,. Atlet powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas dunia apabila meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2025 di Kaherah, Mesir pada Isnin.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, menerusi hantaran di Facebook berkata, atlet kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu muncul juara selepas berjaya melakukan angkatan seberat 230 kilogram dalam kategori angkatan terbaik, selepas melepasi percubaan awal seberat 226 kilogram dengan penuh yakin, seperti dilaporkan di laman web World Para Powerlifting.
Bonnie turut meraih satu lagi emas dalam kategori jumlah angkatan dengan jumlah keseluruhan angkatan sebanyak 672 kilogram, mengatasi Amir Jafari dari Iran yang mencatat 581 kilogram dan Mark Swan dari Great Britain dengan 427 kilogram.
Kejayaan terbaharu itu merupakan emas keempat Bonnie selepas menjuarai edisi 2019, 2021 dan 2023 masing-masing di Nur-Sultan (Kazakhstan), Tbilisi (Georgia), dan Dubai (Emiriah Arab Bersatu).
COMMENTS