Hujan lebat, ribut petir di Kedah, Sabah dan Labuan hingga 3 petang ini

HomeFeaturedUmum

Hujan lebat, ribut petir di Kedah, Sabah dan Labuan hingga 3 petang ini

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Sabah dan Labuan hi

Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 30 September ini – MetMalaysia
MetMalaysia bangunkan sistem ramalan cuaca negara yang baharu
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 2 pagi – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Sabah dan Labuan hingga 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan di Kedah melibatkan kawasan Langkawi manakala di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (FENGSHEN) yang dikesan berlaku pada latitud 12.6 utara dan longitud 125.4 timur, kira-kira 89 kilometer (km) ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

Menurut kenyataan itu, ribut berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 25 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 74km/j.

MetMalaysia memaklumkan jarak ribut tersebut dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,102km ke timur laut Sandakan, Sabah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.

–BERNAMA

COMMENTS