KOTA KINABALU,. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung dengan
KOTA KINABALU,. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung dengan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Sabah Ke-16 pada 6 Oktober 2025.
Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini, 16 Oktober 2025 (Khamis) dan memutuskan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 73 kerusi Dewan Undangan tersebut.
Bagi maksud menjalankan PRU Dewan Undangan Sabah Ke17, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut.
Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 15 November 2025 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 28 November 2025 (Jumaat).
Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula dari 13 Oktober 2025 (Isnin). Manakala tarikh tutup permohonan adalah
seperti berikut.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November 2025, manakala hari mengundi awal pada 25 November 2025.
Permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Anggota/Pegawai SPR dan Petugas Media), Kategori 1B (Warganegara Malaysia yang tinggal di luar Negara) dan Kategori 1C (Agensi/Organisasi), dilaksanakan secara dalam talian (online).
Maklumat lanjut dan panduan permohonan undi pos boleh dirujuk melalui Portal SPR, www.spr.gov.my.
Bagi menjalankan proses PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17, SPR telah melantik 25 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 196 orang Penolong Pegawai Pengurus. Manakala bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.
Bagi maksud PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17, sebanyak 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.
Seramai 33,002 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17. Manakala, sebanyak 882 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,558 tempat mengundi/saluran dan 58 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 87 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan. Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 940 buah Pusat Mengundi dengan 3,645 tempat mengundi/saluran. PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM116.8 juta.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 adalah Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2025 yang dikemaskini sehingga 5 Oktober 2025. DPPR bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 ini mengandungi seramai 1,784,843 orang pemilih yang terdiri daripada 1,760,417 orang pengundi biasa, 11,697 orang tentera serta pasangan, dan 12,729 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA). DPPR bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 dijadualkan akan mula dijual pada 1 November 2025 (Sabtu).
Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Waktu operasi Hotline SPR adalah dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari. Semakan boleh dibuat juga mulai 1 November 2025 (Sabtu).
Untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17, agar mengisi dan membuat
semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri seluruh negara sebelum Hari Penamaan Calon. Selain itu, bakal-bakal calon jugaadalah digalakkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal.
Ini bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus itu hendaklah dikemukakan oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa Hari Penamaan Calon di PPC yang telah ditetapkan oleh SPR.
SPR turut menawarkan kepada mana-mana agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mana-mana badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat penjalanan proses PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 bermula pada Hari Penamaan Calon sehingga Keputusan Pilihan Raya diumumkan.
Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di PPC, pusat-pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan PPRU serta perlu mematuhi kesemua syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan oleh SPR
Maklumat lanjut dan borang permohonan berkaitan pemerhati pilihan raya boleh diperolehi dari Portal SPR www.spr.gov.my mulai 9 Oktober 2025 (Khamis) dan tarikh tutup permohonan pada 27 Oktober 2025 (Isnin).
SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses-proses pilihan raya menerusi live streaming bagi Pusat/Saluran Mengundi
yang terpilih di laman Facebook SPR sebagaimana yang dilaksanakan pada pilihan raya sebelum ini.
Bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen `Jom Kita Undi` melalui pelbagai saluran
media termasuk di media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi-lokasi strategik
tumpuan awam dan tempat-tempat lain yang bersesuaian.
–GERBANGPOST
COMMENTS