Tengku Mahkota Kelantan berkenan sertai larian sempena Hari Belia Negara

HomeFeaturedUmum

Tengku Mahkota Kelantan berkenan sertai larian sempena Hari Belia Negara

KOTA BHARU,. Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyertai acara Night Colour Run sempena Festival Hari Belia Negara perin

GRS optimis kerjasama dengan PH diteruskan pada PRN Sabah akan datang – Naib Presiden PGRS
Pelaksanaan e-invois ditangguh bagi pendapatan bawah RM5 juta – LHDN
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang

KOTA BHARU,. Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyertai acara Night Colour Run sempena Festival Hari Belia Negara peringkat Negeri Kelantan malam tadi.

Baginda berjalan kaki bersama lebih 1,000 peserta dalam larian sejauh 1.9 kilometer bermula dari Dataran Rehal ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini.

Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian festival berkenaan serta menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara kepada sembilan penerima terdiri daripada tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan pertubuhan.

Festival yang berlangsung selama empat hari bermula 14 Mei itu merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai penghargaan kepada golongan belia yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara.

Pelbagai pengisian turut diadakan termasuk pameran interaktif oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), persembahan kesenian tradisional seperti dikir barat, kertok kelapa, rebana ubi, gendang Cina dan silat, selain acara kemuncak Night Colour Run.

— BERNAMA

COMMENTS